1) Harga Maksimum Hartanah Yang Boleh Dibeli Di Bawah Skim Rumah Pertamaku (SRP) Dinaikkan dari RM220,000 kepada RM400,000
Before ni, skim ini hanya untuk mereka yang berpendapatan kurang dari RM3,000 (pendapatan isi rumah) sahaja. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa perubahan ini hanya berkuatkuasa bermula untuk pembelian dari 1 Januari 2012 sahaja. & harap maklum bahawa tak semua bank boleh buat skim ni... majority ianya hanya bank2 tempatan sahaja. Dan Prosedurnya tidaklah semudah yang disangka ye.. cuba2 lah ushar2 dengan bank2 berdekatan anda.
2)Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA)
Projek PR1MA ni akan dijual pada harga dibawah harga pasaran. Ini kerana kerajaan akan memberi subsidi & tanah disediakan oleh kerajaan. So, dapat kurangkan kos pembinaan pemaju. That's why leh jual murah sikit. So far dah start kat putrajaya, mungkin akan dibina di kawasan lain seperti Cyberjaya, Putra Heights, Damansara dan Bukit Raja. Jumlah keseluruhan unit dianggarkan sebanyak 7,700unit...Pengecualian cukai setem 100% untuk suratcara pinjaman (loan agreement) diberikan.
3) Masalah Projek Terbengkalai – Galakan Konsep “Bina dan Jual”
Untuk menggalakkan pemaju membina projek perumahan di bawah konsep “Bina dan Jual” seterusnya mengelakkan risiko projek terbengkalai dan merugikan pembeli, bank-bank islamik telah bersetuju untuk menyediakan pembiayaan mengikut syariah untuk menanggung risiko terbengkalai tersebut. Ansuran hanya akan bermula apabila rumah telah siap dibina. Pembiayaan ini hanya untuk rumah berharga RM600,000 dan ke bawah sahaja..
4) 75,000 Unit Rumah Akan Dibina Di Bawah Program Perumahan Rakyat (PPR)
Sebagai membantu golongan berpendapatan rendah, kerajaan akan terus membina sebanyak 75,000 unit rumah kos rendah di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10). Untuk tahun 2012, sebanyak RM443 juta diperuntukkan untuk membina 8,000 unit untuk dijual dan 7,000 unit untuk disewa. Dengan bertambahnya rumah-rumah di bawah PPR ini, diharapakan kerajaan juga tidak terlupa dengan isu-isu berkaitan seperti masalah penyelenggaraan dan peruntukan yang semakin bertambah untuk tujuan tersebut dengan bertambahnya unit-unit PPR. Sebaiknya pemilik-pemilik dan penduduk di berikan kesedaran dan tanggunjawab dalam menjaga harta bersama mereka supaya masalah seperti lif rosak tidak sentiasa berlaku.
5) Program Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Program yang diuruskan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ini mendapat peruntukan sebanyak RM200 juta bagi membantu golongan berpendapatan rendah yhang memiliki tanah tetapi tidak mampu untuk membina rumah atau untuk tujuan membaiki rumah yang rosak. Sebanyak 10,000 unit akan dibina dalam tahun 2012 dengan harga RM65,000 dan dijual pada harga RM45,000 manakala baki RM20,000 akan ditanggung oleh kerajaan.
6) Program Pemulihan Perumahan Terbengkalai
Bagi mereka yang menghadapi masalah pembelian rumah yang terbengkalai, anda bolehlah menyemak dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tentang status projek berkenaan. Di dalam Bajet 2012, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM63 juta untuk memulihkan 1,270 unit rumah sebagai tambahan lagi kepada 15,000 unit rumah yang berjaya dipulihkan melalui 82 projek perumahan terbengkalai dan memperolehi CF untuk diduduki.
7) Perubahan Kepada Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT)
Dalam menangani isu spekulasi pasaran hartanah dan menyebabkan kenaikan harga hartanah yang mendadak, kerajaan telah meminda kadar cukai yang dikenakan di bawah RPGT. Kadar semasa 5% (sama rata) untuk pelupusan yang dibuat dalam tempoh 5 tahun pertama telah dipinda kepada kadar 10% cukai untuk pelupusan dalam tempoh 2 tahun pertama dari pembelian. Untuk tempoh berikutnya sehingga tahun kelima, kadar cukai kekal pada 5%. Walaupun usaha ini adalah baik dalam menangani isu spekulasi tersebut, saya berpendapat kadar cukai 10% untuk pelupusan dalam tempoh 2 tahun pertama adalah masih rendah dan mungkin masih gagal untuk terus membendung masalah spekulasi pasaran hartanah. Saya berpendapat kadar 20% adalah lebih sesuai dikenakan sebagaimana dikenakan suatu masa dahulu, dan jika boleh diimplementasikan semula kadar 30% untuk pelupusan tahun pertama. Kadar tinggi ini saya cadangkan kepada mereka yang melupuskan hartanah kedua dan sterusnya sahaja dan pengecualian untuk CKHT tetap diberikan untuk satu hartanah. Pendapat ini adalah berdasarkan kepada majoriti mereka yang melupuskan hartanah dalam tempoh 1-2 tahun pertama adalah spekulator yang membeli dan menjual hartanah mereka untuk keuntungan cepat. Selain itu, kadar untuk tahun ketiga juga seharusnya dinaikkan kerana sebahgian spekulator ini akan menunggu sehingga tahun ketiga (di mana kebanyakan projek baru siap dalam amsa 2-3 tahun) untuk mengelakkan kadar tinggi tersebut. Oleh itu, saya amat sangat berharap kadar seperti sebelum ini dapat digunakan semula seperti:-
Kadar Cukai Yang Dicadangkan
(source picture : btimes ) |
beberapa projek di bawah Plan Rolling Kedua (RP2).
Antara projek-projek mega yang telah di beri lampu hijau di bawah RMK10 adalah:-
1) Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru
2) Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Jabor-Kuala Terengganu
3) Lebuhraya Pantai Barat Banting-Taiping
4) Lebuhraya Segamat-Tangkak
5) Lebuhraya Utama Tengah (Central Spine Expressway) KL-Kota Bahru
6) Pembinaan jalan Kota Marudu-Ranau
7) Pembangunan semula Lapangan Terbang Sungai Besi
#credit to http://tipshartanah.com